KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain untuk menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak.
SEDC merupakan agensi kerajaan negeri yang pertama menyumbang kepada tabung bencana tersebut.
Turut mengiringi pengerusinya ialah Pengurus Besar SEDC, Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir. –EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS